Wednesday, November 14, 2007

Menjadi Rangkaian Teater India Pertama yang memasuki pasaran U.S.

Pyramid Saimira mengembangkan penerokaan sejagat dengan mengambil alih FunAsia yang berpangkalan di US

Menjadi Rangkaian Teater India Pertama yang memasuki pasaran U.S.

Chennai, 31 Oktober, 2007: Pyramid Saimira Theatre Limited, (NSE: PSTL, BSE: 532791 dan SGX: XS0306488890) syarikat rangkaian teater terbesar India, telah mengembangkan penerokaan sejagatnya dengan pengambilalihan FunAsia yang berpangkalan di Texas hari ini melalui anak syarikatnya, Pyramid Saimira Entertainment America, Inc., dan akan berpangkalan di luar Richardson, Texas. Pyramid Saimira merancang untuk memasang 60 skrin di US & Kanada sehingga akhir fiskal ini. Pyramid Saimira juga mengambil alih teater semasa dan jam pandu masa radio di Chicago dan masa radio di Houston. Pengambilalihan ini menjadikan jumlah keseluruhan skrin bawah tajuk rentang Pyramid Saimira kepada 703 seluruh dunia.

Kemasukan ke pasaran US ini membenarkan Kumpulan Pyramid Saimira untuk mengadakan pameran di seluruh dunia terutamanya di tempat tumpuan kehadiran penduduk India / Asia. Ia telah beroperasi melalui anak syarikat di Malaysia dan Singapura.

Menurut Mr. P.S. Saminathan, Pengarah Urusan, Pyramid Saimira Theatre Limited " 'Geografi adalah sejarah' sebagai mana kata mereka. Kami berbesar hati mencetuskan anjakan paradigma ini. Menurut Biro Banci U.S.(berdasarkan kepada 2000 penemuan), Orang Asia Selatan di Amerika Syarikat Melebihi 2.1 juta, menjadikan mereka kumpulan etnik U.S keenam terbesar yang terpelajar, Mewah ( Per kapita $64,000, 50 peratus lebih tinggi daripada pendapatan isi rumah median penduduk keseluruhan). Pyramid Saimira mempunyai rangka masa agresif bagi membawa nama FunAsiA dan konsep hiburan ke bandar raya utama U.S. dan Kanada. Konsep di sini bukan semata-mata pawagam tetapi ekosistem holistik”

FunAsiA kompleks terdiri daripada 17 skrin dengan 4,765 tempat duduk, kompleks Chicago yang telah ditambah oleh , Pyramid Saimira Entertainment America, Inc., akan mempunyai 6 skrin dengan kapasiti tempat duduk seramai 1,763. Di Texas, FunAsiA mengendalikan teater Bollywood di Irving dan Richardson, dan dua multipleks di Houston. Konsep FunAsiA adalah secara uniknya memenuhi citarasa orang Asia Selatan di Amerika Utara, yang terdiri daripada keturunan India, Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka. Konsep Pyramid Saimira di USA bukan hanya hiburan skrin perfileman tetapi persekitaran seimbang termasuk gerai makanan, dewan Bankuet, dan mod tambahan media massa, seperti saluran radio dan Majalah Komuniti. Pyramid Saimira juga merancang untuk membuka Gerai Video di kompleks FunAsiA di Chicago, Texas dan di mana-mana sahaja yang menyokong pelan pengembangan. Khidmat penjodohan video ini membenarkan pasangan yang terpisah beribu batu jauhnya melihat dan bercakap sesama mereka.

Dr. Farrukh, John dan Shariq Hamid iaitu pengasas FunAsiA akan dihubungkan dengan Pyramid Saimira Entertainment America, Inc sebagai Penasihat Eksekutif, membantu Pyramid Saimira membawa konsep hiburan multimedia ke seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.

Elara Capital Plc London bertindak sebagai penasihat kepada PSTL dalam menyempurnakan proses pengambilalihan.

Sorotan keputusan Q2 PYRAMID SAIMIRA:

Mencatat perolehan di Q2 sebanyak Rs.146 Crores
Pendapatan untuk 12 bulan pada fiskal sebelumnya (FY06-07) adalah Rs.164.31 crore
Keuntungan Selepas Cukai untuk Q2 (FY 07-08) adalah Rs 15.11 crore

PYRAMID SAIMIRA Theatre Limited, Syarikat Hiburan Multinasional Pertama India mencatat perolehan yang memberangsangkan sebanyak Rs.146 Crore, untuk suku tahunan kedua berakhir 30 September, 2007. Perolehan untuk tempoh 12 bulan pada fiskal sebelumnya (FY 2006 – 07) adalah sebanyak Rs.164.31 crores. Keuntungan bersih selepas cukai adalah Rs.15.11 crore untuk suku tahunan kedua 2007-08 berbanding PAT (Keuntungan Selepas Cukai) sebanyak Rs.13.4 crores untuk fiskal 2006 -07 terdahulu. Pihak Syarikat juga menambah 116 skrin baru untuk menayangkan wayang pada suku ini, menambah sehingga 487 skrin di seluruh negara. Pendapatan tahunan setiap saham berada pada 22. Kapasiti tempat duduk rangkaian bertambah kepada 3.23 Lakh dan rangkaian menyaksikan jumlah keseluruhan sebanyak 361.97 Lakh, dan purata pendapatan bagi setiap kemasukan adalah Rs. 39.83.

Syarikat mempunyai beberapa anak syarikat dalam pengeluaran Filem, pengedaran dan pameran antarabangsa yang tidak menyumbang kepada keputusan angka di atas.

Mengenai Pyramid Saimira

Syarikat milik awam (NSE: PSTL ; BSE: 532791; SGX:XS0306488890) dan berpangkalan di Chennai, India, Pyramid Saimira Theatre Ltd. Pada masa kini mengendalikan 44 multipleks beserta 703 skrin di seluruh India, Malaysia, Singapura, dan Amerika Utara. Syarikat merancang untuk mengandalikan 175 multipleks dengan 2,000 skrin di India sahaja menjelang 2010. Mengikut anggaran mereka sendiri, Pyramid Saimira tersenarai sebagai pengendali pawagam ketiga terbesar di dunia berdasarkan bilangan tempat duduk dan kemasukan hampir 435,000 tempat duduk sehingga Oktober 2007. Kemasukan untuk tempoh antara Julai dan Oktober 2007 adalah dianggarkan 53 juta.

Lebih maklumat boleh didapati di www.FunAsiA.net dan www.pstl.in.

No comments: